Thursday, January 24, 2013

Dulu aku belajar menyayangi..kini aku belajar merindui.. (^_^)

Mengenalimu..
buat aku kenal erti cinta..
Melihatmu..
buat aku tahu erti bahagia..

Kecomelanmu..
buat hatiku terus menyayangimu..
kelincahamnu..
buat jiwaku terus ingin mendekatimu..
Biarpun sebelum ini,,
aku hanyalah insan yang tidak memahami..
indahnya hidup bertemankan kamu2..
haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W..



Aku belajar erti persahabatan daripadamu..
Aku menghayati erti kasih sayang daripadamu..



CIKO..
nama yang selalu meniti di bibirku..
tatkala sunyi menyapa hati..
engkau temanku,,penghibur hatiku..

Namun..terasa terlalu singkat pertemuan ini..
Saat ajalmu menjemput di hadapan mataku..
MAAF..
andai aku tak menjagamu dengan baik..
Aku menyayangimu..
setulusnya aku menyayangimu..

M0ga engkau selalu tenang di dalam jagaanNya..
Andai kini engkau sudah berada di syurga..
Sampaikan salamku pada penghuninya..
Sampaikan rinduku pada Muhammad S.A.W,kekasih tercinta..

Hari kematianmu..
24 Januari 2013..
bersamaan hari kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W..
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad..
M0ga engkau terus gembira meniti hidup di sisi Baginda yang mulia..


Baru sebentar tadi aku melihatmu bersama teman-teman..


Kini,,aku hanya mampu menyapa tubuhmu yang terbujur kaku..
Melihat adikmu yang kehilangan,,
Aku tertanya  pada hatiku..
mampukah aku menghadapi kehilangan insan-insan kesayanganku..? ='(

Sungguh..
engkau sumber muhasabah yang terbaik untukku..
M0ga terus bahagia, CIKO..
aku merinduimu.. <3 font="">

Rasulullah menyayangimu..

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Maka..menyayangimu juga sunnah..
D0akan aku & keluargaku..agar mampu memasuki syurgaNYA diiringi kamu,,CIKO.. =)

pesan ayah: "Kucing yang mati,terus ke syurga.. Manusia yang meninggal pasti ada hisabnya..Maka, beringatlah hai manusia.."

 Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Al-Imran, ayat 185)


No comments:

Post a Comment