Sunday, January 13, 2013

aku nak CANTIK..!!

cantik..?Semua orang suka bila dengar perkataan 'cantik'.. yup,,cantik itu adalah sesuatu yang indah.. dan fitrah manusia memang suka & cintakan keindahan..

DULU..
zaman sek0lah rendah,,
tak kisah pun tudung senget ke,,
muka berminyak ke,,
apa ke..

zaman sek0lah menengah,,
dah mula nak jaga kecantikan..
mintak mak belikan pencuci muka,,
tudung kena kemas,jaga penampilan..
muka hari2 kena berbedak..
nanti berminyak..

masuk matrik/universiti..
kecantikan diutamakan..
mula pakai krim penghalang uv..
nak wajah putih,bersih..
kagum teng0k wajah orang lain yang dikateg0rikan sebagai 'cantik'..

itu tradisi kaum wanita..tidak kurang hebat kaum lelaki,,
namun, apa sebenarnya maksud di sebalik kalimah 'CANTIK' ?

'CANTIK' adalah sesuatu yang subjektif..
pelbagai andaian..
pelbagai tafsiran..
pelbagai anggapan..

namun..

'CANTIK' yang bagaimanakah sebenarnya yang dikejar oleh berjuta-juta manusia di muka bumi ini?

'CANTIK' di hadapan manusia?
cantik wanita di hadapan lelaki?
tampan lelaki di hadapan wanita?

'CANTIK' di hadapan Tuhan?
'CANTIK' di pandangan para malaikat?

tepuk dada,tanya IMAN..

di antara kita,,ada yang kecantikannya satu anugerah..
bukan se0rang dua kata dia cantik..
tapi terlalu ramai..
lalu bagaimana ingin mengenali kecantikannya?
Lihat cara: bagaimana dia menghadapi pujian manusia..bagaimana dia memelihara kecantikan yang dianugerahkan..itulah kecantikan yang abadi..




di antara kita..ada yang kecantikannya di hadapan manusia,,biasa-biasa sahaja..
sehingga terkadang timbul rasa rendah diri dalam dirinya..
khabarkan pada hatinya, sampaikan pada jiwanya,,
"Allah memberi apa yang kamu perlu, bukan apa yang kamu mahu.."




'WAHAI DIRI,,KAMU SEBENARNYA SUDAH CUKUP CANTIK..KERANA ALLAH MENJADIKAN KAMU BERSIFAT SEMPURNA..Mengapa masih tegar membeza-bezakan apa yang telah ditakdirkan untukmu? 

"kamu cantik..lebih cantik lagi jika dihiasi dengan peribadi yang indah & menyenangkan.. (^_^)" 

usah berlebihan dalam mengejar 'AKU NAK CANTIK!'
kerana ALLAH tidak menilai kamu dari kecantikan lahiriah kamu..
tapi ALLAH menilai kecantikan yang tersirat di lubuk hati kamu.. =)




No comments:

Post a Comment