"Aku selalu inginkan bahagia,
tanpa sedar ada hati yang telah terluka,
Aku selalu inginkan kemenangan,
tanpa sedar ada air mata yang mengalir kerana kekalahannya,
Aku selalu inginkan hati ini terjaga,
tanpa sedar aku telah mengusik ketenangan di jiwa insan yang lainnya,
MAAF..
aku bukan insan sempurna,
yang mampu menjadi teladan untuk sekelian manusia..
MAAF LAGI..
andai aku yang memulakan sengketa ini,
kerna lemahnya aku sebagai se0rang manusia,
kerna hinanya aku sebagai se0rang hamba.."
Itu adatnya manusia.
Namun, sampai bila adat ini terus menjadi adat? Andai pengakhirannya hanya kesalan, kecewa dan air mata..
Berubahlah wahai hati! jadikan tiap langkahmu sebagai ibadat. Tiap lakumu sebagai pengubat,,jiwa-jiwa insan yang dahagakan teladan..agar mereka juga turut thabat di jalan yang diredhaiNya..
"Jagalah hati mereka seperti mana kamu mahu mereka menjaga hati kamu.."
"Seperti mana kamu tahu betapa sakitnya hati bila dilukai, ketahuilah kamu bahawa mereka juga mempunyai hati.."
SALAM RAMADHAN..j0m eratkan kasih sayang! ^^
"Hati manusia Tuhan yang jaga..Berdoalah,,agar kekerasan itu hilang..Kebencian itu padam.."
No comments:
Post a Comment