Saturday, March 15, 2014

cerita seorang Daie



indah hidup si daie

bila mana Allah jadi tempat bersandar


biar penat, di sisiNya dia berehat


biar tercela, denganNya dia rasa terbina


dunia ini tempat berpenat


tiada istilah 'aku tak cukup rehat.'


kerana di hatinya ada kekuatan yang hebat.


itu dia pemilik hatinya.

 pemilik jasadnya, akalnya, rohaninya.


Allah.






Mereka kata, engkau terlalu sibuk. Dengan pelajaran, usrahnya, programnya, persatuannya. 


Bila masa engkau nak belajar? Sempat ke? Tak penat ke?


Saat itu engkau tersenyum. Memandang mereka dengan senyuman yang mereka sendiri tak 


pasti. 'Biarlah mereka melihat engkau terlalu sibuk. Selagi mana semua itu mengajarmu 


mengenali hidup dengan lebih bererti. Betul, hidup ini tidak mudah. Semuanya memerlukan 


ketabahan, kesabaran yang sangat tinggi.







Engkau berjalan dalam kehidupan. Terkadang, dengan langkah longlai. Penat. Letih. Namun, 


semua itu tidak menghalang untuk  engkau terus melangkah.



Hidup ini tujuannya bukan hanya untuk menuntut  ilmu, cemerlang dalam pelajaran.


Tapi ada hakikat kehidupan yang lebih besar daripada itu. 



1)Beribadat kepada Allah.



“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )




2)menjadi khalifah di muka bumi



“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 






Itu sahaja tujuan manusia diciptakan. Menuntut ilmu hanya satu wadah/alat untuk kau 


mendekatiNya, untuk kau buktikan pada dunia bahawa islam itu hebat. Walaubagaimanapun, 


ia bukan segalanya. 





Allah berfirman dalam surah Al-Insyirah:


"Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan."





Percayalah. Pengorbananmu takkan pernah disia. Allah akan menghitung segalanya. 




Ingatkan kembali dirimu kini, ilmu itu bukan segalanya. Jangan hanya kerana engkau terlalu 


mengejar ilmu dunia, engkau lupa tugasmu kepada agama. Tugasmu sebagai Daie. Kelak 


dipersoal di hadapan Tuhan, kenapa amanahmu engkau ambil ringan?




No comments:

Post a Comment