sebab keyakinannya pada janji Allah, bahawa azab di dunia hanyalah kecil berbanding di akhirat sana.
tahu tak apa Allah janji pada kita?
'tiap kesusahan itu pasti ada kemudahan'
yakin tak?
yakinlah, moga kemudahan mengiringi kita. :)
Jika datang seseorang yang kita tak kenal, tiba-tiba dia janji pada kita macam-macam perkara. Agak-agak kita nak percaya tak? Mestilah tak kan. Siapa nak percaya pada orang yang kita tak kenal? Entah betul entah tidak apa yang dia katakan tu. Mesti timbul ragu-ragu. Kan?
Tapi kalau ada orang yang datang pada kita, yang kita tahu peribadi dia, kejujuran dia. Senang kata, kita kenallah segalanya tentang dia. Dan dia janjikan sesuatu pada kita. Mesti kita senang terima, senang percaya. Sebab kita yakin yang dia mampu tunaikan janji dia tu.
Macam tu jugak hubungan kita dengan Allah. Bila kita kenal Allah, tahu sifat-sifat Allah, mesti kita yakin yang Allah akan tunaikan segala apa yang Dia janjikan untuk kita. Mesti kita percaya, tanpa ragu-ragu. Kan?
Tu sebabnya kita kenal Allah betul-betul. Supaya kita yakin dengan segala janjiNya. Supaya kita tak buruk sangka pada Dia. Jom kenal Allah dengan lebih dekat, supaya cinta kita padaNya jadi lebih hebat. :')
No comments:
Post a Comment